cinta itu tak
semestinya memiliki. itulah yang aku belajar. menerima pelbagai dugaan. dan
hati mesti tabah. aku tak tahu bagaimana nak setabah ayah untuk meneruskan
kehidupan ini. hmmm
pada hari aku
ku ke melaka menguruskan caklempong adalah hari sepatutnya hari pernikahan ayah
ku. aku berasa bersalah kerana aku . ayah menundakan hari pernikahan mereka...
perkahwinan mereka tidak mendapat restu sebenarnya. . lalu ingin menikah
mengunakan wali hakim.. hmm.. tanpa diduga. akibat penundaan itu. bakal mak
tiri aku itu pulang ke kampung sebentar tapi tak disangka sangka. keluarganya telah
merancang untuk menikah kan nya dgn orang lain..
ayah menanggung
kesedihan melampau. setelah perkahwinan nya bersama ibu telah karam setelah 20
tahun lebih mereka berlayar. kini hati ayah dilanda badai lagi. maafkan akak
bye
...........................................................................
aku telah
berniat untuk ke penang bercuti. tapi kawan baik aku si senget ada di kampung
dan dia cuti pun tak lama. aku batalkan
niat aku tu untuk spent time dgn dia. tapiiii byk benda yg tak dijangka
berlaku. aku hanya mampu diamkan je dan mengharapkan dia mengerti.
perpisahan kami
tanpa berjumpa seperti dulu. dia cuma hantar sms tak dapat berjumpa. aku
terkilan. sebab aku buatkan dia biskut. actually bukan untuk dia sgt pun. sbb
aku buat sbb bufday aku. tapiii dia tak amik pun. dia kata maluu. aku pun
terkilan la lagi. aku tak sangka dia malu kawan dengan aku. terima kasih :')
dia pun pernah
jugak cakap malu sebab adanya aku. tapi aku tak pernah malu pun bwk dia ke
tempat aku. jumpa kawan kawan aku pada dia. hmm. tah la..
aku terasa .
cuma dia yg kekal ada pada aku . tapi..... macam tidak. aku pun pening. apa
perasaan aku pada dia? merepek.
bye
.......................................................................................
oleh kerana
kehidupan kami yg senang dahulu. menyebab kan hidup kami sukar untuk
menyesuaikan diri hidup dalam kesusahan.
jika dulu
setiap hari kami dijamukan lauk ayam tapi kini aku sedar di rumah adik beradik
aku cuma dapat berlauk kan ayam sebulan sekali. itupun jika ayah ku yang hanya
bekerja pasar itu memmpunyai rezeki yg lebih. kami tiada makan malam. hm..
sepanjang cuti ini aku merasakan kesusahan mereka.
walaupun mereka
kecil lagi. kehidupan berdikari terpaksa mereka temouh. tidak seperti aku
dahullu. yg membesar dalam kehidupan mewah. mereka hanya makan di sekolah. jika
lapar hanya berteman kan telur goreng dan nasi bersama kicap.
ya allah.
akibat tiada kasih sayang dari seorang ibu. mereka menjadi lebih kuat dan
tabah. aku sedih . mereka menjadi semakin kurus. dan tak terurus. yelaa. hanya
dibesarkan oleh seorang ayah yg serba kekurangan.
adik adik ku.
aku cuma minta kamu bersabar. aku bharap selepas aku dlploma ini. aku akan
bekerja dan menyara korang semana aku mampu. cuma doa kan lah saja
ya alllah. aku
mohon pada mu ya allah. permudahkanlah kehidupan mereka dan murahkan la rezeki
mereka. aku mengharapkan agar mereka diberikan ketabahan yg kuat serta kau
peliharalah mereka sebagaimana anak anak yg lain yang mempunyai perhatian dari
ibu bapanya.


