Sabtu, 14 Jun 2014

sadness !

Story of the day !

30hb yg lepas aku dikejutkan dengan berita yg amat tidak menyenangkan.
abg kedua aku terlibat dalam kemalangan jalanraya di batu pahat,
mas tu aku otw balik dari kerjaa...
ni kali kedua dia excident yg teruk, even dia niii sangat lahh annoying!
tapi lu laa wa punya brother..
terbit sedih rasa hati bilaa aku tak mampu nk lama2 tengok muka dia yg berjahit kt mulut tu.
alamak aii.. time suap makan tuu rasa nk nangis pun ada.
tulahh degil sangat kannn..
time aku balik tuu, aku jumpa nan ibu..
tak tahu la macam mana aku nk cakap.. aku tak mampu sayang ibu aku macam mana aku sayang ibu/mak/mama orang lain..
apa kejam sangat ke aku ni? aku cuba dan terus mencuba untuk mendekatinya.
aku takde lah sampai tahap nak kurang ajar atau apaa.. just tak mampu nak berbual panjang dgn dia.
perasaan aku masih berbekas ketika dia pergi meninggalkan keluarga.
tadi malam dia mesej abang aku yg sulong.
dia mintak supaya aku dan yg lain pakat sewakan dia rumah...
pastu aku pun fikir lah, macam mana ayah dan adik2? takkan still nk menumpang jugak kt rumah atuk tuu.. sumpah laa. bila makcik2 aku balik.. kami jadi macam drama tv. macam kena dera secara mental..
mampukah adik2 aku tuu kuat untuk mengharungi semua ni..
masih kecil tapi kesakitan dan kepayahan yg mereka rasa...
apa yg adil nya hidup ini...
siapa yg akan fikir seperti apa yg aku fikir?
terseksa nya perasaan niii.. untuk merasakan ketidakadilan kehidupan..
aku bagi ibu duit, tapi untuk dia apa? aku je tahuu.
tapi adik2 aku.. makan minum tak terjaga.. aku masih tak mampu bg mereka duit.
ibu mintak rumah. supaya dia tidak lagi menumpang. tapi adik2? ayah?
masih lagi nak menumpang? sampai bila?
aku bagi kelebihan pada sorang sedangkan 6 orang lagi lebih memerlukan.
untuk kehidupan yg lebih baik..
seorang lelaki bernama ayah.. betapa kuatnya hati dia menjaga 5 orang anak-anak yg kecil setelah ditinggalkan isteri. masihkah ada lagi lelaki sebegitu..
aku akui bila penjagaan ayah tidak sempurna. tapi bukan kah ia nya lebih baik dari tiada.
aku memikir. ibu duduk sorang tapi masih tak boleh nk menanggung diri.
tapi ayah, siang malam kerja untuk adik-adik.. dia seorang menanggung 5 org anak lagi yg kecil.
ayah aku manusia biasa juga. pasti ada kesalahan jugak.
aku tersepit dalam keadaan.
apa yg difikirkan pun masih lagi tiada arah tuju..
sesungguhnya aku mohon kekuatan dari -Mu Ya Allah.










Jumaat, 6 Jun 2014

hurt feeling ~



ku berserah..
kepadamu maha esa
mungkin takdir telah menentukan segalanya
ku berserah...
kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini,
hanya dikau dapat merubah segalanya
pada dikau saja ku berharap ~

*setiap yg datang pasti akan pergi, perginya meninggalkan kesan yg mendalam. tapi siapa yg merasa hakikat ini.. semestinya yg ditinggalkan.. apa lagi yg mampu dilakukan. kadangkala hati pun akan penat. penat memujuk agar diri ini kuat. agar sentiasa sabar. kalau diusahakan tapi cuma kita saja.. susahlah nk menjadi.. makin tabah kah hati agar boleh melangkah ke hadapan

jika dapat ku mengulangi,
perjalanan cinta ku bersama mu lagi,
akan ku jaga,
sebaik-baik cinta ini..
kini ku rasa kkehilangan,
ku sedar betapa pentingnya kau disisi~

*pasang surut keadaan menyebabkan hati goyang. segala pertanyaan boleh menjadi prasangka. kejam kah hati ini? kejam ke hati ini kerana mengendahkan kesakitan . semakin hari perjalanan, perwatakan pasti akan berubah. tanpa kita kita sedar.. mengalah?

mungkinkahh,
adanya kesilapan dariku,
yg tak pernah ku duga..
maafkan lah oh sayangku
oh percayalah ku tak bermaksud begitu..
jangan tinggalkan ku keseorangan....

ya allah, aku tahu hanya dirimu yg sentiasa ada buat diriku. kuatkanlah hati ini agar perjalanan ni dipermudahkan. pimpinlah hatiku agar tidak berpaling lagi. segalanya ku berserah padamu ya Allah.

hanya dikau,
dapat merubah segalanya,~