Selasa, 27 Mei 2014

feeling unwell :(

apa yang tercoret dalam kehidupan ini adalah ketentuan-NYA.. aku hanya manusia yg sedang berjalan tanpa henti dan masih tiada hala tuju. satu persatu yg terjadi sepatutnya adalah sumber kekuatan aku. tapi aku masih memerlukan pimpinan agar aku masih di landasan yg baik. aku tidak mengharapkan akan kesempurnaan tapi cukuplah kesederhanaan. 
masih ada lagi kah peluang agar aku bahagia? 
makin hari aku harus sedar bahawa aku sangat hebat menjadi pilihan kedua. 
itulah kelebihan aku yg tidak dapat disangkal lagi..
bagaimana dengan kelemahan aku? 
kelemahan aku adalah untuk dijadikan pertama di dalam kehidupan seseorang.
masih ada lagi kah insan yg boleh mengisi kelemahan hati ini...
segalanya ku serahkan pada-MU 
segala ketentuan-MU adalah yg terbaik buat diriku..
ALLAH knows the best for me.











Rabu, 14 Mei 2014

Terasa Merasa Berasa

Rasa?
Datang dari perasaan. Perasaan yg selalu berubah-rubah. Just simple WORD tapi boleh merubah kehidupan.
Rasa ni jugak lah kadang-kadang buat kita kecewa, menangis, sedih, gembira, hiba, tertanya-tanya, berfikiran negatif/positif. Cuma hanya dengan perkataan RASA.

Fikir?
Kita bukan ahli silap mata yg boleh mentafsir segala permikiran orang. Tapi mana datang pemikiran itu? tertanya-tanya kan kita? kita berfikir macam ni tapi orang fikir yg sebaliknya. tapi satu saja apa yg aku pegang sampai sekarang " aku rela dipandang sebagai perempuan kaki clubbing walaupun aku tak pernah jejak, daripada aku dipandang seorang kaki masjid tapi jarang yg teramat untuk aku menjejakinya". Seriusly, aku boleh and sanggup mengaku pernah ke club bagai semata-mata aku taknak orang pandang aku ni orang baik-baik. itulah yg aku FIKIR.

AKU tak perlukan orang yg tak pernah kenal aku untuk menilai siapa aku dan sampai sekarang aku tahu belum siapa boleh memahami kehidupan aku. Tahu tentang apa dalam diri aku. Belum ada yg mampu....
Aku jarang nk kisah apa orang buat pada aku, even orang pijak aku pun aku takkan perasan. Aku memang suka share everything yg aku ada. SEBAB aku tahu rezeki yg ada pada aku bukan untuk aku sorang. Aku boleh tolong semua orang selagi aku mampu WALAUPUN sesusah mana. Aku boleh susah senang bersama orang yg rapat nan aku.

tapi.. tolong jangan sesekali fikir aku tolong, aku susah senang pada orang bersebab. Bersebab untuk kepentingan diri aku sendiri.. Jangan pernah mempertikaikan apa yg aku buat ni adalah semata-mata hanya kerana untuk perasaan aku saja.
Selagi apa aku buat ni tak melanggar batas agama, jangan lah mempertikaikan walaupun nampak seperti aku diperbodohkan. sebab kita belajar tentang kaffarah. Tuhan itu maha adil. setiap yang baik pasti akan dapat kebaikkan dan begitu jua sebaliknya



                                                                                                                                       

Jumaat, 9 Mei 2014

INFO KESIHATAN

ASSALAMUALAIKUM.
today i need to share some info to uolls..
aku punya bad habits. sebab suka kunyah AIS. BUT today please change ur mindset. haha
now no more Bad Habit. but GOOD habits. hahahahaha *devil laugh
haha jangan sakit hati dulu. moh kira scroll sambil baca fakta ni..


AIS / AIR BATU



Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 



so how?
if tak boleh terima takpe. just kita fikirlah everything ada baik dan buruk.
yelaaa. kalau asyik kunyah ais tanpa makan or minum berkhasiat susah jugak :)
keep smile. keep healthy. salam