Selasa, 11 November 2014

kenapa engkau yg aku rindu

awak...
awak yg pernah saya sayang suatu ketika dulu,
awak yg membahagiakan saya seketika,
awak yg memanjakan saya sebelum ini,
yaa ..
itu semua awak,
awak yg membuka mata saya tentang kehidupan,
awak yg membuat saya lebih berfikir,
awak yg menyayangi saya,
awak yg menjadi abang saya,
awak yg menjadi sahabat saya,
awak yg menjadi buah hati pengarang jantung saya,
awak yg menjadi pelindung saya,
awak yg menjadi peneman saya,
awak yg menjadi siang malam saya,
awak awak awak awak dan itulah awak.

bagaimana saya ingin menjauh andai dimata saya cuma ada awak....?
bagaimana perjalanan hidup saya jika awk di setiap langkah saya.....?
bagaimana keputusan saya jika awak saja yg ada dalam pemikiran....?
bagaimana pandangan lain jika telinga saya cuma suara awak...?
bagaimana kehidupan saya jika memori bersama awak masih kekal..?

awak yg hadir sementara boleh memberhentikan langkah saya..
bagaimana pula keluarga saya tiada pula nanti..
saya tak boleh terus begini.
adakah saya masih mengharap pada awak?

jauhkanlah.
saya terasa yg kita takkan bahagia.
mampukah saya meneruskan kehidupan ini jika dosa ini sering membelenggu?
tapi saya sayang awak.
tapi saya tak mahu hati saya dibutakan cinta manusia.
cinta yang tiada kekal abadi.





Rabu, 29 Oktober 2014

keep my head up, keep my heart strong.

selamat petang everyone..
rasa nak bercoretan sedikit di petang hari ni.
keadaan panas dan menghaus serta mengantuk kan diri.
menyebabkan kualiti kerja amatlah terganggu.

1st at all aku tukar web blog sebab telah diSPAM oleh orang.
mesti sakit hati laa tu.
so whatever, da tahu sakit hati tapi still care hal aku.
sendiri cari sakit....

last week,
almost 2 weeks aku larikan diri dari kuantan.
aku lari ke melaka , perak dan finally aku balik ke kampung selama seminggu
patah hati, remuk hati..
kisah cinta yg tak menjadi kini menjadi nanah dalam diri
hanya tersalah kaki melangkah hampir habis porak peranda.
tuhan saja yg tahu bagaimana perasaaan itu.
bersalah kecewa dendam sakit sayang benci harapan menjadi satu
kerana dikecewakan orang yg aku sayang, aku dikianati.
silap aku jua kerana senang mempercayai orang.
tapi manusia mana tidak pernah membuat silap.
tapi tanya semula hati, sampai bila hati ini terhenti untuk membuat silap.
sumpah! aku sayang dia.. aku merasakan dia adalah kehidupan aku.
siang malam aku cuma ada dia.
dia yg amat menyayangi aku.
tapi silap. dan aku adalah perlaku nya .
aku sia-siakan sayang yang diberi.
aku tak terlintas pun untuk menyakitkan hati nyaaa. tapi aku naif
naif dalam bercinta dan kerna itu jua lahh aku sering berhenti dipersimpangan.

tapi cinta kami memang takkan pernah boleh bersatu
dia yg telah dimiliki oleh seseorang yg mulia.
disamping tanggungjawab seorang kanak-kanak yg amat perlukan perhatiannya.
hati ini kadangkala ingin bersyukur walaupun dalam kesakitan.
aku masih belum jauh untuk dia menyakiti dua hati yg amat menyayangi dia
aku tak mampu untuk berkongsi,
aku tidak mampu menurut apa peraturannya,
aku tidak mampu ada waktu susah senangnya,
aku tidak mampu memanjakan dia,
dan yg terpenting,
aku masih belum boleh terima dia apa adanya,
aku masih tak boleh menjaga aibnya
aku masih tak boleh menjaga hatinya.

kalau cuma ada sayang dan cinta tapi belum ada keserasian
jauh mana aku boleh menlangkah bersama dia?
hari demi hari aku sering berdoa untuk dipercepatkan jodoh
aku tidak mahu lagi disakiti.
aku mahu imam yg mampu menyayangi aku kerana Allah swt.
boleh membawa aku ke jalan kebenaran.
menyayangi aku tanpa rasa ragu,
boleh menyelesakan diri aku, keluarga aku dan bakal keluarga yg dibina.
tapi mampukah aku mendapat jodoh sebaik itu?
berdoa dan terus berdoa.

kami membawa haluan masing-masing dan tiada lagi istilah berkawan.
benci-membenci menjadi perantaraan kami.
aku mohon agar hatinya memaafkan diriku
itu sahaja.....

salam

Selasa, 7 Oktober 2014

ni nama nya AMARAN

1 SEPTEMBER yg lepas,
kita berjumpa dan kita membuat keputusan yang aku tiada dalam hidup kau,
dan kau tiada dalam hidup aku.
so bermakna kau tak perlu nak buka twitter, instagram, facebook, moment, blog dan
sebarang MEDIA SOSIAL berkaitan dengan aku.
melainkan kau rindu aku? haha

i'm so devil rite now.
seperti mana kau cakap.
perlu ke membuka laman media sosial aku dan bercerita lagi mengenai aku.
nampak tak kat situ?
after kau block segala sistem perhubungan aku dan kau.
aku tak pulak rasa nk tengok media sosial kau.
ouhh please.
once aku buang kau dalam hidup aku, tak mungkin aku akan berbaik dengan kau.

terasa?
kenapa kau nak terasa atas tweet aku yg bertarikh 4 OCTOBER?
ellow.. do i care about kau dan hidup kau.?
pasangan arjuna kau?
rumahtangga kau?
yg gatal sangat g buka laman sosial aku apa hal.

dan aku terfikir?
dalam dunia ni kawan aku kau je ke?
alaaaa.. sumbat molek hidup kau ork?
aku boleh hidup tanpa kau. tapi sekarang ni seolah-olah kau tak bole hidup tanpa aku.

stop it!
aku susah, aku sedih, aku sakit, aku jatuh, aku takde duit.
satu sen pun aku tak mintak tolong kau dan sesiapa yg ada dengan kau.
sedap amat cakap aku ni hidup menumpang!
kalau gitu boleh da rasanya kau bagi aku duit tiap-tiap bulan.
boleh?

disimbah asid?
buatlah kalau kau rasa tu adil pada aku?
tapi apa kau benar berpihak pada yg benar?
nonsense la weyh.
enough!
terasa keanak-anakkan untuk aku gaduh dengan kau.

cukup amat terkilan bila kau cakap aku ni IBARAT SAMPAH?
"KAU INGAT KAWAN-II AKU SUKA KAWAN DGN KAU"
"BANGGA DGN KEHILANGAN AKU"
"AKU NI BINATANG PEROSAK"
"KALAU TAKDE AKU TAKDE RASA PELIK?"


selama aku berkawan,
aku sikit pun tak pernah nk mengungkit.
kau tak suka kawan nan aku? do i care?
kawan-kawan kau tak suka kawan nan aku?
apa kena mengena dengan kau.
aku ni takde kau tak rasa pelik tapi kenapa dan mengapa
cerita aku ni masih dijadikan bahan. takde bahan pergi cari.. apa motif weyh?
aku binatang perosak? memang kauu lah orang yang layak dirosakkan.

stop  to be childish .
aku tak kisah takde kawan, dari ada kawan macam kau.
even dorang tak suka aku pun.
tu biarlah jadi masalah dia,
dalam hidup ni terima hakikat yang tak semua akan suka kita,
sebagaimana kau tak suka semua orang.
paham tak?

aku sudah ada life aku.
kau buatlah life kau. takkan tu pun nak kena ajar.
aku tak mintak harta kau. kau jangan kacau hidup aku.
apa-apa yg aku cakap, kenapa kau nk terasa.
get a life la weyh, kawan aku berlambak la.
aku bole hidup lagi tanpa korang.
face the truth.
jangan nampak sangat kau macam tak boleh terima hakikat.


nampak cam kurang ajar kan.
yes! i'm so rude to right person.
move on. get your own life. takde sape nk ckp pasal kau lagi.
basi kau tahu. muak.
cuba laa. buang aku dari hidup kau dude. !








Rabu, 3 September 2014

delete


mati itu pasti,
my first moment bila aku benar-benar hancur. 

beginilah erti persahabatan yg sementara.
sampai masa aku akan pergi menjauh, 
penat rasanya jika aku saja yg ingin perbetulkan semuanya.
dan penat rasanya jika aku saja yg mahu bersua muka.

aku pun manusia,
ada rasa malu, sakit, kecewa dan sebagainya.
tapi belajarlah kita untuk menghargai setiap insan.
jangan kerana satu kelemahan,
kau menutup setiap pintu peluang.
jika begitu?
kau membuat dunia ini kejam .

aku masih lagi boleh meminta maaf andai jahat itu datang dari aku,
aku masih menunduk jika perlakuan aku salah,
aku masih berani bersua muka andai aku 
di tempat benar atau salah.

TAPI!
ini tak bermakna kau menang, kau hebat di pentas dunia,
kau benar dalam semua perkara,
kau boleh angkuh atas rendah diri seseorang.
kau boleh berterusan sebegini.
jangan pernah kau angkuh bahawa kau ramai di belakang,
kau boleh riak atas sokongan orang,
kau boleh takbur dengan perlakuan sesuka hati.
jangan kau tinggalkan sesuatu perkara atas alasan yg memburukkan.
pandang diri agar kau sedar untuk berpijak di bumi yg nyata.
hebat untuk kau berkata-kata.
hebat sungguh apa yg kau lakukan. 
jutaan tepukan manusia yg sementara ini sendiri akan membaling batu di badanmu. 

aku sedar! 
aku tak sesempurna nabi,
aku bukan malaikat.
tapi aku manusia lemah yg mahu jua ditegur.
ditegur pada jalan yg benar bukan secara kau membandingkan!
tapi cukuplah. 
baik kau berdiam dari berkata-kata kerana 
perkataan tu berbalik pada kau!

kini!
manusia yg pernah aku sayang bertukar benci,
tapi aku bukan binatang yg kejam.,
biarlah orang berkata tiada ikhlas dari aku.
yg penting tuhan yg menilai.

pernah?
sedetik kau terfikir bahawa aku perlu waktu untuk sendiri?
aku berdiam, berjuta bicara kau tuturkan. 
hebat kau disebalik wajah kau yg lembut,
titah kau mengait simpati,
lurusnya menarik adam di sisimu,
perhebatkan diri kau dalam segala perlakuan.
mengail segala perhatian bahawa duniawi ini dlm tangan kau,
tidak boleh ditegur,
tidak boleh melihat orang berdiri tegak kukuh disebelah.
yg ada dalam dirimu adalah CEMBURU.

PENAFIAN? 
kita melihat cermin,
tapi adakala kau jugak kerap menanyakan perkara
yg kau inginkan jawapan yg sama dari cermin. 
begitu juga peribadi.
seperti aku yg tidak boleh melihat kelemahan aku.
begitu jua engkau tidak boleh melihat kekurangan kau.

jika membuang aku dari keluarga boleh memperhebatkan kau lagi,
aku pergi,
tapi kau sedarlah seperti apa kau titah " tuhan kalau nk balas itu sekejap"
jangan sampai kata-kata menelan dirimu sendiri
stop for blaming others.
berhenti untuk hebat berkata-kata,
berhenti menjadi bodoh sombong,
berhenti kata-kata yg sia-sia.
berhenti menjadi hebat dalam mencipta alasan
belajar lah untuk merendah diri,
bersikap sederhana.
berfikiran terbuka. 

kau kena sedar yg ada lagi manusia lagi hebat dari kau.
cuma kau belum berjumpa buku dgn ruas.

ya!
aku hebat menjadi keyboard warrior dari berkata-kata
sebab mulut aku tidak selaju tangan.
aku taknk seperti dulu.
baran.
memukul menghentak dan menyakiti kau.
 tapi aku nk kau sedar yang kini kau manusia paling aku BENCI
MAAF AKU CUMA KERANA FAMILIA.
biarlah tiada ikhlas disitu,
tapi aku yakin dia akan muncul di kemudian hari.







Selasa, 19 Ogos 2014

bercinta di jalan yg salah


SALAH?
perkara yg kita tahu tapi masih mahu lakukan.
itulah dikatakan nafsu dan perasaaan.
SILAP?
kita terus menerus lakukan padahal kita tahu itu silap
kita tahu mulakan tapi kita tak tahu untuk hentikan.
..begitulah jua aku..




mula hanya  sekadar teman di tempat kerja.
mula ADD facebook
tak rasa apa-ii pun. tak care pun.
satu hari itulah permulaan,
perbualan..gurauan.. dan kami rapat.
ramadhan kali ini adalah permulaan.
selepas insiden hitam berlaku dalam hidup aku,
aku mulai goyang dalam pendirian. 
orang ku anggap abg. ku anggap dia lah penjaga aku mengkianti aku.
orang yg selama ini ambil berat sehingga aku pernah menyayangi dia. 
tapi dia laa perosak segalanya.
aku mula menjauhkan diri dari familia yg aku sayang.
sumpah terseksa rasanya.
selepas janji untuk perbetulkan segalanya dia pun ada perempuan lain.
sumpah 
hanya benci saja yg tinggal.
aku tak bencikan familia. tapi aku bencikan dia.

aku cari jalan untuk berkawan dgn yg lain.
aku berkawan dgn dia 
A bukan nama sebenar. berumur 27tahun
seorang lelaki yg kelakar, baik dan cute la jugak.
tarikh yg sama itu jugak aku keluar bersama dia.
dia dan kawan kerja yg lain.
sikit demi sikit aku mulai kenal mereka.
tapi lelaki semua sama. :(
pertemuan pertama tiada kesan,
tapi yg kedua.
dia mula menyatakan rasa sayang pada aku.
aku yg berjiwa remaja yg dahagakan perhatian dan kasih sayang.
aku mula sayangi dia
dia lah yg salu menenami aku sehinga lah kami menjadi kekasih.
setiap waktu makan ku dia ada bersama.
waktu susah ku dia lah yg ada.
aku rapuh.
lama kelamaan aku sedar yang dia MILIK orang lain.
aku menyayangi hak orang.
kerana sayang aku buta akan segalanya.
menyakiti hati orang tidak bersalah kerana aku bernekad utk kahwin
menjadi isteri kedua.

hari demi hari aku dibelengui perasaan bersalah
aku mohon diberikan hidayah dan petunjuk.
sampai la badai yg berlaku.
badai berlaku kerana aku yg bersalah.
dia pernah nasihatkan aku utk tidak lagi bebas bergaul
aku paham. dan aku mula tidak bergaul dan bebas keluar dgn lelaki lain
hanya kerana sayang padanya.
hmm 
akhirnya kami terpisah 
atas alasan tidak mahu lagi menanggung penipuan ini
dan aku tak sanggup melukakan hati akak N****



walaupun sebentar tapi disini lah aku belajar.
aku belajar untuk lebih matang.
aku akur akan apa yg berlaku.
aku perlu lagi belajar untuk lebih berfikir panjang.
tiada benci yg terbit untuk si dia.


aku ucapkan jutaan terima kasih atas segalanya
atas segala yg terjadi.
pengalaman yg mendewasakan.
kasih sayang yg sumpah sgt indah.
saat kau ada untuk lap kan air mata aku.
saat kau ada untuk hulurkan bahu untuk aku menangis,
merasakan indah nya bercandle light dinner bersama abang.


saya selalu doakan abang dan isteri yg terbaik
cepat menimang cahaya mata 
bahagia hingga ke syurga.
maafkan saya kerana hadir dalam cerita abang.



Khamis, 3 Julai 2014

ramadhan kali ini

setiap kali ramadhan kita akan mengharapkan  yg terbaik.
mengharapkan ramadhan kali ini bukan lah ramadhan yg terakhir.
malam ramadhan yg pertama megalir air mata mengenangkan kejauhan dgn keluarga.
malam tuu jugak berjumpa dengan ibu angkat a.k.a ibu aeman.
tenang rasa hati bila dapat bersahur bersama ibu dan aeman yg aku anggap seperti abang sendiri.
tidaklah rasa tersisih bila seorang di perantauan.
sahur dan buka semua ibu yg uruskan. saat itu aku terkenangkan ibu kandung ku.
lupakah dia pada anaknnnya?
lupakah dia pada tanggungjawabnya yg dipikul ayah?
yaa. terdetik rasa rindu tapi itu semua sudah berlalu..

hati nak bercinta. nak sangat kasih sayang dan perhatian.
hati terluka bila orang yg disayang bersama yg lain.
hati nk menjauh pergi tapi masih merangkak mencari kekuatan.
hati rasa sayang nak menjauh.
hati rasa bahagia bila bersama.

aishh shit laa terluah cm ni. ignore this post. haha
nothing special in my ramadhan. but i'm still pray the best.
mencari jalan ke syurga dan tidak lagi mengetuk pintu pintu neraka..
in sha allah



Sabtu, 14 Jun 2014

sadness !

Story of the day !

30hb yg lepas aku dikejutkan dengan berita yg amat tidak menyenangkan.
abg kedua aku terlibat dalam kemalangan jalanraya di batu pahat,
mas tu aku otw balik dari kerjaa...
ni kali kedua dia excident yg teruk, even dia niii sangat lahh annoying!
tapi lu laa wa punya brother..
terbit sedih rasa hati bilaa aku tak mampu nk lama2 tengok muka dia yg berjahit kt mulut tu.
alamak aii.. time suap makan tuu rasa nk nangis pun ada.
tulahh degil sangat kannn..
time aku balik tuu, aku jumpa nan ibu..
tak tahu la macam mana aku nk cakap.. aku tak mampu sayang ibu aku macam mana aku sayang ibu/mak/mama orang lain..
apa kejam sangat ke aku ni? aku cuba dan terus mencuba untuk mendekatinya.
aku takde lah sampai tahap nak kurang ajar atau apaa.. just tak mampu nak berbual panjang dgn dia.
perasaan aku masih berbekas ketika dia pergi meninggalkan keluarga.
tadi malam dia mesej abang aku yg sulong.
dia mintak supaya aku dan yg lain pakat sewakan dia rumah...
pastu aku pun fikir lah, macam mana ayah dan adik2? takkan still nk menumpang jugak kt rumah atuk tuu.. sumpah laa. bila makcik2 aku balik.. kami jadi macam drama tv. macam kena dera secara mental..
mampukah adik2 aku tuu kuat untuk mengharungi semua ni..
masih kecil tapi kesakitan dan kepayahan yg mereka rasa...
apa yg adil nya hidup ini...
siapa yg akan fikir seperti apa yg aku fikir?
terseksa nya perasaan niii.. untuk merasakan ketidakadilan kehidupan..
aku bagi ibu duit, tapi untuk dia apa? aku je tahuu.
tapi adik2 aku.. makan minum tak terjaga.. aku masih tak mampu bg mereka duit.
ibu mintak rumah. supaya dia tidak lagi menumpang. tapi adik2? ayah?
masih lagi nak menumpang? sampai bila?
aku bagi kelebihan pada sorang sedangkan 6 orang lagi lebih memerlukan.
untuk kehidupan yg lebih baik..
seorang lelaki bernama ayah.. betapa kuatnya hati dia menjaga 5 orang anak-anak yg kecil setelah ditinggalkan isteri. masihkah ada lagi lelaki sebegitu..
aku akui bila penjagaan ayah tidak sempurna. tapi bukan kah ia nya lebih baik dari tiada.
aku memikir. ibu duduk sorang tapi masih tak boleh nk menanggung diri.
tapi ayah, siang malam kerja untuk adik-adik.. dia seorang menanggung 5 org anak lagi yg kecil.
ayah aku manusia biasa juga. pasti ada kesalahan jugak.
aku tersepit dalam keadaan.
apa yg difikirkan pun masih lagi tiada arah tuju..
sesungguhnya aku mohon kekuatan dari -Mu Ya Allah.










Jumaat, 6 Jun 2014

hurt feeling ~



ku berserah..
kepadamu maha esa
mungkin takdir telah menentukan segalanya
ku berserah...
kepada apa yang telah berlaku pada diriku ini,
hanya dikau dapat merubah segalanya
pada dikau saja ku berharap ~

*setiap yg datang pasti akan pergi, perginya meninggalkan kesan yg mendalam. tapi siapa yg merasa hakikat ini.. semestinya yg ditinggalkan.. apa lagi yg mampu dilakukan. kadangkala hati pun akan penat. penat memujuk agar diri ini kuat. agar sentiasa sabar. kalau diusahakan tapi cuma kita saja.. susahlah nk menjadi.. makin tabah kah hati agar boleh melangkah ke hadapan

jika dapat ku mengulangi,
perjalanan cinta ku bersama mu lagi,
akan ku jaga,
sebaik-baik cinta ini..
kini ku rasa kkehilangan,
ku sedar betapa pentingnya kau disisi~

*pasang surut keadaan menyebabkan hati goyang. segala pertanyaan boleh menjadi prasangka. kejam kah hati ini? kejam ke hati ini kerana mengendahkan kesakitan . semakin hari perjalanan, perwatakan pasti akan berubah. tanpa kita kita sedar.. mengalah?

mungkinkahh,
adanya kesilapan dariku,
yg tak pernah ku duga..
maafkan lah oh sayangku
oh percayalah ku tak bermaksud begitu..
jangan tinggalkan ku keseorangan....

ya allah, aku tahu hanya dirimu yg sentiasa ada buat diriku. kuatkanlah hati ini agar perjalanan ni dipermudahkan. pimpinlah hatiku agar tidak berpaling lagi. segalanya ku berserah padamu ya Allah.

hanya dikau,
dapat merubah segalanya,~



Selasa, 27 Mei 2014

feeling unwell :(

apa yang tercoret dalam kehidupan ini adalah ketentuan-NYA.. aku hanya manusia yg sedang berjalan tanpa henti dan masih tiada hala tuju. satu persatu yg terjadi sepatutnya adalah sumber kekuatan aku. tapi aku masih memerlukan pimpinan agar aku masih di landasan yg baik. aku tidak mengharapkan akan kesempurnaan tapi cukuplah kesederhanaan. 
masih ada lagi kah peluang agar aku bahagia? 
makin hari aku harus sedar bahawa aku sangat hebat menjadi pilihan kedua. 
itulah kelebihan aku yg tidak dapat disangkal lagi..
bagaimana dengan kelemahan aku? 
kelemahan aku adalah untuk dijadikan pertama di dalam kehidupan seseorang.
masih ada lagi kah insan yg boleh mengisi kelemahan hati ini...
segalanya ku serahkan pada-MU 
segala ketentuan-MU adalah yg terbaik buat diriku..
ALLAH knows the best for me.











Rabu, 14 Mei 2014

Terasa Merasa Berasa

Rasa?
Datang dari perasaan. Perasaan yg selalu berubah-rubah. Just simple WORD tapi boleh merubah kehidupan.
Rasa ni jugak lah kadang-kadang buat kita kecewa, menangis, sedih, gembira, hiba, tertanya-tanya, berfikiran negatif/positif. Cuma hanya dengan perkataan RASA.

Fikir?
Kita bukan ahli silap mata yg boleh mentafsir segala permikiran orang. Tapi mana datang pemikiran itu? tertanya-tanya kan kita? kita berfikir macam ni tapi orang fikir yg sebaliknya. tapi satu saja apa yg aku pegang sampai sekarang " aku rela dipandang sebagai perempuan kaki clubbing walaupun aku tak pernah jejak, daripada aku dipandang seorang kaki masjid tapi jarang yg teramat untuk aku menjejakinya". Seriusly, aku boleh and sanggup mengaku pernah ke club bagai semata-mata aku taknak orang pandang aku ni orang baik-baik. itulah yg aku FIKIR.

AKU tak perlukan orang yg tak pernah kenal aku untuk menilai siapa aku dan sampai sekarang aku tahu belum siapa boleh memahami kehidupan aku. Tahu tentang apa dalam diri aku. Belum ada yg mampu....
Aku jarang nk kisah apa orang buat pada aku, even orang pijak aku pun aku takkan perasan. Aku memang suka share everything yg aku ada. SEBAB aku tahu rezeki yg ada pada aku bukan untuk aku sorang. Aku boleh tolong semua orang selagi aku mampu WALAUPUN sesusah mana. Aku boleh susah senang bersama orang yg rapat nan aku.

tapi.. tolong jangan sesekali fikir aku tolong, aku susah senang pada orang bersebab. Bersebab untuk kepentingan diri aku sendiri.. Jangan pernah mempertikaikan apa yg aku buat ni adalah semata-mata hanya kerana untuk perasaan aku saja.
Selagi apa aku buat ni tak melanggar batas agama, jangan lah mempertikaikan walaupun nampak seperti aku diperbodohkan. sebab kita belajar tentang kaffarah. Tuhan itu maha adil. setiap yang baik pasti akan dapat kebaikkan dan begitu jua sebaliknya



                                                                                                                                       

Jumaat, 9 Mei 2014

INFO KESIHATAN

ASSALAMUALAIKUM.
today i need to share some info to uolls..
aku punya bad habits. sebab suka kunyah AIS. BUT today please change ur mindset. haha
now no more Bad Habit. but GOOD habits. hahahahaha *devil laugh
haha jangan sakit hati dulu. moh kira scroll sambil baca fakta ni..


AIS / AIR BATU



Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 



so how?
if tak boleh terima takpe. just kita fikirlah everything ada baik dan buruk.
yelaaa. kalau asyik kunyah ais tanpa makan or minum berkhasiat susah jugak :)
keep smile. keep healthy. salam







Sabtu, 26 April 2014

MENGASAH ILMU YG TUMPUL

assalamualaikum..
puas aku curi tulang kerja dihari sabtu ni. aku spent half work hour only for IG blog FACEBOOK twitter.
than tetibe get idea untuk kembali pada adobe photoshop.
pernah dulu beria pergi kelas semua bagai tapi sekerat jalan atas tuntutan kerja di universiti.
kononnya akan dibawa ke next semester tapi tak sempat jugak.
if nak melangkah mestilah kita gerakkan kaki .. betul tak?
so sebagai alternatif aku buka blog and youtube untuk study sikit demi sikit...
agak penat.. sakit mata sebab i'm focus on it. but ni ada sikit buah tangan atas kerja saya.
sorry lah modal gambar sendiri. haha sebab nk jadi model tak menepati ciri. hahaha
enjoy this pic :D








Jumaat, 25 April 2014

persahabatan

time niey aku rasa aku manusia yg paling sedih dalam dunia.
setiap yg datang pastikan pergi.
kenapalah realiti kehidupan yg hakiki ni takpernah aku terima.
kenapa mesti ada perpisahan.
kecundangnya aku dalam percintaan taklah sehebat perginya sahabat aku dari diri aku.
yes! women can move without boyfriend but not without best friends.
satu persatu cuba dan memang da la lama pergi . cuma aku je baru tahu.
aku akui aku kasar orgnya.
aku bukan girls types yg perfect.
aku cuma mampu jadi kawan ketika korang susah. yes! tu je yg aku mampu.
aku bukan nk cakap aku bagus.
selama kita berkawan. aku sanggup buat anything melainkan dpt halangan family aku. tapi kadang-ii aku degil jugak.
for me.. aku sanggup buat apa saja untuk kawan aku..

tapi apakah sebenarnya aku je yg perasan korang ni kawan baik aku.
aku cerita bukan kt korang je. tapi semua yg pernah kawan nan aku..
aku sedar korang tak boleh terima aku seadanya.
tapi fikirlah sejenak, pernah tak aku mempertikaikan apa yg korang buat.
sebab aku tahu. korang bukan dengan aku saje.
kenapa perlu buat aku macam ni. selama ni aku tak mintak korang ada time susah senang aku.
cukuplah kalau korang pinjam kan telinga korang untuk aku.

aku tak mampu jadi yg terbaik. agaknya memang aku dilahirkan sebagai loser. aku berjaya benci diri aku sendiri... terima kasih pernah mewarnai keindahan hidup aku. setiap warna yg korang bagi. akan tetap kekal ada melainkan jika aku mati..
andai akan datang sesiapa yg nk datang dalam hidup aku hanya sekadar persinggahan. pergilahh. aku tak mampu lagi untuk berbaik dan menjaga hati korang.

masing-masing berjaya, aku masih disini. tanggungjawab aku pada keluarga membataskan untuk aku mengejar cita-cita aku. tapi insyallah aku takkan pernah mengalah. rezeki masing-masing.

terima kasih atas suka duka ini sahabat. forget me.
                                                          
                                                          .................................................... 

TERPULANGLAH -KAKA

Jelas ternyata ini yang kau mahu
Sudah pergilah takkan ku rayu
Tak perlu ungkit lagi kisah dulu
Itu semua tiada erti
Mana perginya kata-kata setia
Mana pergi susah senang bersama
Jatuhku sendiri kau pun pergi
Ini semua tiada erti
Terpulanglah
Sungguh aku lelah tak peduli lagi
Terpulanglah
Tiada lagi sayu di hati
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang telah terjadi
Teruskanlah jangan kembali
Berikan tepukan gemuruh
Pada dia yang bersungguh-sungguh
Aku disini hanya tersenyum
Dan biarkan dia berlalu
Terpulanglah oooo oh
Terpulanglah oooo ohh
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang terjadi
Teruskanlah
Jangan kembali
Terpulanglah
Sungguh aku lelah tak peduli lagi
Terpulanglah
Tiada lagi sayu di hati
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang telah terjadi
Teruskanlah jangan kembali

Selasa, 15 April 2014

pe citer?

hoi.. assalamualaikum.
ehem, curi masa sekejup dalam office. haha gua memang pekerja terbaik.
sebab tu supervisor gua sayang gua. #bajet.

gua da pindah umah. keluar daripada masalah yg bodoh. dari beserah gua lari ke batu tiga. hahaha orang pahang tahu la. aku makin jauh dari tempat kerja. tapi gua tak kisah pun sebab yg penting hati. duduk dekat tp bercakap nan dinding pastu merana sendiri. nak wat menda. haha even jauh pun. aku dekat nan family. dekat dgn brother2 gua. nak lepak ke apa senang laa. walaupun dorang bajet cam xnk ganggu aku weekdays. haha jiwa remaja melonjak-lonjak. apa de hal. haha

haaa satu lagi moments akak kedai bila aku nan dorangg "awk semua adik beradik ke?" haha keakraban kami maybe menyerlahkan sikap adik beradik. berbalah kt kedai orang slumber je. tp kalau adik beradik gua la paling bongsu. haha perasan tak gua.dan yg penting AMIE lah yg along..

moments kena tegur personally dengan amie. menjadikan aku sayang giler kat dia.. seriusly tacing. siap nangis bagai. haha dia cam abg-abg kandung aku lah. garang-garang tapi gua tahu dorang sayang gua. sedar diri lah gua memang nakal ketegaqq haha.. sosial tu tahap tinggi paras standard tapi tak melampaui batas. for siblings yg lain. aku pun sayang korang. haha t ada masa pain citer hal korang pulak haha ..

keADIK-BERADIKan gua :








anak perempuan baru pakcik albakeri dan makcik zaitun :)



adik last gua

abang - abang gua buat muka cam haram. haha






kaki selfie 


Rabu, 12 Mac 2014

PAHANG OH PAHANG.

Assalamualaikum.
segala permulaan pasti ada pengakhiran. itulah kehidupan.
apa yg seterusnya? aku hanya mampu mengikut langkah keadaan.
hanya sebulan je lagi aku berada disini.
serius aku suka keadaan di sini. tenang.. yg tak bandar sgt. tak kampung sgt.
duduk merantau ni tak la bad sgt. alhamdulilah..aku mampu hadapi ni semua..
ayat macam nak poyo je...
tapi tulah hakikat.. aku suka kt sini mungkin sebab ada orang nya kot. haha
aku bersyukur sgt2. ada keluarga di sini.
niat hati nak sgt duduk di sini terus.. tapi aku perlu fikir masa depan aku.
aku takut ini semua hanya sementara.
satu masa semua akan bawa haluan masing-masing..
dan waktu ini lah aku perlu move on untuk kehidupan aku sendiri.
aku bukan nak ketepikan siapa-siapa tapi itulah lumrah kehidupan.
zaman remaja akan berakhir dengan zaman dewasa. segalanya akan berubah. segalanya~
tapi yg ada ni sekarang aku bersyukur. terima kasih atas anugerah ini.
di sini jugak aku meriah dengan adanya ibu amie,  ibu aiman dan mak ajak.
dunia yg kosong ni terasa terisi tapi aku sedar org luar tetap org luar..
adat merantau.
tapi serius. mereka memang terbaik. cuma aku je rasa mcm ni. entahlahh.

ya allah, kau periharalah mereka kesayangku ini..
letakkan mereka di kalangan orang-orang beriman,
dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik.
berjaya dunia akhirat. sesungguhnya melalui mereka lah aku merasa anugerah kasih sayang.
tak ternilai rasanya. jauhkanlah mereka dari segala musibah.
tenangkanlah hati mereka. elakkan dari perasaan gundah gulana.
sesungguhnya kau yg maha berkuasa. dan maha penyayang.
jangan pernah pisahkan aku dengan mereka. aku mohon.
perkenankanlah doa ku ini.. :'(

*razakfadhirul*amieyroslan*aemanibrahim*alyaroslan*sheedaalbakeri*aqwanakid*ameer*harizrazali
*ustzasafwan*luc*arolnaim*abgmakio*kakckin*ayie**zairel

our memories. i will remember until my last breath. please dun forget me. never say goodbye. never.
lots of things we go through together and i hope our relationship will stay forever. insyallah.
hanya tuhan dapat memisahkan kita :')





































KEGILAAN. KENAKALAN. KESERABUTAN. KESELEKEHAN  KESUMBATAN KEBENGONGAN KE.. KE.. KE...  ITULAHH MEMBUATKAN AKU SAYANG KORANG :)