Rabu, 14 Mei 2014

Terasa Merasa Berasa

Rasa?
Datang dari perasaan. Perasaan yg selalu berubah-rubah. Just simple WORD tapi boleh merubah kehidupan.
Rasa ni jugak lah kadang-kadang buat kita kecewa, menangis, sedih, gembira, hiba, tertanya-tanya, berfikiran negatif/positif. Cuma hanya dengan perkataan RASA.

Fikir?
Kita bukan ahli silap mata yg boleh mentafsir segala permikiran orang. Tapi mana datang pemikiran itu? tertanya-tanya kan kita? kita berfikir macam ni tapi orang fikir yg sebaliknya. tapi satu saja apa yg aku pegang sampai sekarang " aku rela dipandang sebagai perempuan kaki clubbing walaupun aku tak pernah jejak, daripada aku dipandang seorang kaki masjid tapi jarang yg teramat untuk aku menjejakinya". Seriusly, aku boleh and sanggup mengaku pernah ke club bagai semata-mata aku taknak orang pandang aku ni orang baik-baik. itulah yg aku FIKIR.

AKU tak perlukan orang yg tak pernah kenal aku untuk menilai siapa aku dan sampai sekarang aku tahu belum siapa boleh memahami kehidupan aku. Tahu tentang apa dalam diri aku. Belum ada yg mampu....
Aku jarang nk kisah apa orang buat pada aku, even orang pijak aku pun aku takkan perasan. Aku memang suka share everything yg aku ada. SEBAB aku tahu rezeki yg ada pada aku bukan untuk aku sorang. Aku boleh tolong semua orang selagi aku mampu WALAUPUN sesusah mana. Aku boleh susah senang bersama orang yg rapat nan aku.

tapi.. tolong jangan sesekali fikir aku tolong, aku susah senang pada orang bersebab. Bersebab untuk kepentingan diri aku sendiri.. Jangan pernah mempertikaikan apa yg aku buat ni adalah semata-mata hanya kerana untuk perasaan aku saja.
Selagi apa aku buat ni tak melanggar batas agama, jangan lah mempertikaikan walaupun nampak seperti aku diperbodohkan. sebab kita belajar tentang kaffarah. Tuhan itu maha adil. setiap yang baik pasti akan dapat kebaikkan dan begitu jua sebaliknya



                                                                                                                                       

Tiada ulasan :

Catat Ulasan