Rabu, 3 September 2014

delete


mati itu pasti,
my first moment bila aku benar-benar hancur. 

beginilah erti persahabatan yg sementara.
sampai masa aku akan pergi menjauh, 
penat rasanya jika aku saja yg ingin perbetulkan semuanya.
dan penat rasanya jika aku saja yg mahu bersua muka.

aku pun manusia,
ada rasa malu, sakit, kecewa dan sebagainya.
tapi belajarlah kita untuk menghargai setiap insan.
jangan kerana satu kelemahan,
kau menutup setiap pintu peluang.
jika begitu?
kau membuat dunia ini kejam .

aku masih lagi boleh meminta maaf andai jahat itu datang dari aku,
aku masih menunduk jika perlakuan aku salah,
aku masih berani bersua muka andai aku 
di tempat benar atau salah.

TAPI!
ini tak bermakna kau menang, kau hebat di pentas dunia,
kau benar dalam semua perkara,
kau boleh angkuh atas rendah diri seseorang.
kau boleh berterusan sebegini.
jangan pernah kau angkuh bahawa kau ramai di belakang,
kau boleh riak atas sokongan orang,
kau boleh takbur dengan perlakuan sesuka hati.
jangan kau tinggalkan sesuatu perkara atas alasan yg memburukkan.
pandang diri agar kau sedar untuk berpijak di bumi yg nyata.
hebat untuk kau berkata-kata.
hebat sungguh apa yg kau lakukan. 
jutaan tepukan manusia yg sementara ini sendiri akan membaling batu di badanmu. 

aku sedar! 
aku tak sesempurna nabi,
aku bukan malaikat.
tapi aku manusia lemah yg mahu jua ditegur.
ditegur pada jalan yg benar bukan secara kau membandingkan!
tapi cukuplah. 
baik kau berdiam dari berkata-kata kerana 
perkataan tu berbalik pada kau!

kini!
manusia yg pernah aku sayang bertukar benci,
tapi aku bukan binatang yg kejam.,
biarlah orang berkata tiada ikhlas dari aku.
yg penting tuhan yg menilai.

pernah?
sedetik kau terfikir bahawa aku perlu waktu untuk sendiri?
aku berdiam, berjuta bicara kau tuturkan. 
hebat kau disebalik wajah kau yg lembut,
titah kau mengait simpati,
lurusnya menarik adam di sisimu,
perhebatkan diri kau dalam segala perlakuan.
mengail segala perhatian bahawa duniawi ini dlm tangan kau,
tidak boleh ditegur,
tidak boleh melihat orang berdiri tegak kukuh disebelah.
yg ada dalam dirimu adalah CEMBURU.

PENAFIAN? 
kita melihat cermin,
tapi adakala kau jugak kerap menanyakan perkara
yg kau inginkan jawapan yg sama dari cermin. 
begitu juga peribadi.
seperti aku yg tidak boleh melihat kelemahan aku.
begitu jua engkau tidak boleh melihat kekurangan kau.

jika membuang aku dari keluarga boleh memperhebatkan kau lagi,
aku pergi,
tapi kau sedarlah seperti apa kau titah " tuhan kalau nk balas itu sekejap"
jangan sampai kata-kata menelan dirimu sendiri
stop for blaming others.
berhenti untuk hebat berkata-kata,
berhenti menjadi bodoh sombong,
berhenti kata-kata yg sia-sia.
berhenti menjadi hebat dalam mencipta alasan
belajar lah untuk merendah diri,
bersikap sederhana.
berfikiran terbuka. 

kau kena sedar yg ada lagi manusia lagi hebat dari kau.
cuma kau belum berjumpa buku dgn ruas.

ya!
aku hebat menjadi keyboard warrior dari berkata-kata
sebab mulut aku tidak selaju tangan.
aku taknk seperti dulu.
baran.
memukul menghentak dan menyakiti kau.
 tapi aku nk kau sedar yang kini kau manusia paling aku BENCI
MAAF AKU CUMA KERANA FAMILIA.
biarlah tiada ikhlas disitu,
tapi aku yakin dia akan muncul di kemudian hari.







Tiada ulasan :

Catat Ulasan