Rabu, 29 Oktober 2014

keep my head up, keep my heart strong.

selamat petang everyone..
rasa nak bercoretan sedikit di petang hari ni.
keadaan panas dan menghaus serta mengantuk kan diri.
menyebabkan kualiti kerja amatlah terganggu.

1st at all aku tukar web blog sebab telah diSPAM oleh orang.
mesti sakit hati laa tu.
so whatever, da tahu sakit hati tapi still care hal aku.
sendiri cari sakit....

last week,
almost 2 weeks aku larikan diri dari kuantan.
aku lari ke melaka , perak dan finally aku balik ke kampung selama seminggu
patah hati, remuk hati..
kisah cinta yg tak menjadi kini menjadi nanah dalam diri
hanya tersalah kaki melangkah hampir habis porak peranda.
tuhan saja yg tahu bagaimana perasaaan itu.
bersalah kecewa dendam sakit sayang benci harapan menjadi satu
kerana dikecewakan orang yg aku sayang, aku dikianati.
silap aku jua kerana senang mempercayai orang.
tapi manusia mana tidak pernah membuat silap.
tapi tanya semula hati, sampai bila hati ini terhenti untuk membuat silap.
sumpah! aku sayang dia.. aku merasakan dia adalah kehidupan aku.
siang malam aku cuma ada dia.
dia yg amat menyayangi aku.
tapi silap. dan aku adalah perlaku nya .
aku sia-siakan sayang yang diberi.
aku tak terlintas pun untuk menyakitkan hati nyaaa. tapi aku naif
naif dalam bercinta dan kerna itu jua lahh aku sering berhenti dipersimpangan.

tapi cinta kami memang takkan pernah boleh bersatu
dia yg telah dimiliki oleh seseorang yg mulia.
disamping tanggungjawab seorang kanak-kanak yg amat perlukan perhatiannya.
hati ini kadangkala ingin bersyukur walaupun dalam kesakitan.
aku masih belum jauh untuk dia menyakiti dua hati yg amat menyayangi dia
aku tak mampu untuk berkongsi,
aku tidak mampu menurut apa peraturannya,
aku tidak mampu ada waktu susah senangnya,
aku tidak mampu memanjakan dia,
dan yg terpenting,
aku masih belum boleh terima dia apa adanya,
aku masih tak boleh menjaga aibnya
aku masih tak boleh menjaga hatinya.

kalau cuma ada sayang dan cinta tapi belum ada keserasian
jauh mana aku boleh menlangkah bersama dia?
hari demi hari aku sering berdoa untuk dipercepatkan jodoh
aku tidak mahu lagi disakiti.
aku mahu imam yg mampu menyayangi aku kerana Allah swt.
boleh membawa aku ke jalan kebenaran.
menyayangi aku tanpa rasa ragu,
boleh menyelesakan diri aku, keluarga aku dan bakal keluarga yg dibina.
tapi mampukah aku mendapat jodoh sebaik itu?
berdoa dan terus berdoa.

kami membawa haluan masing-masing dan tiada lagi istilah berkawan.
benci-membenci menjadi perantaraan kami.
aku mohon agar hatinya memaafkan diriku
itu sahaja.....

salam

Tiada ulasan :

Catat Ulasan